Program promosi untuk inovasi canggih
Cabaran InovasiSwiss Malaysia adalah program promosi yang unik dengan pertandingan inovasi bersepadu untuk projek-projek di dalam idea, pembentukan konsep atau peringkat permulaan dan juga untuk perniagaan yang telah lama ditubuhkan http://www.olymptrade-ma.com/app . Kami membimbing dan menyokong anda sepanjang program untuk membawa projek anda ke tahap yang seterusnya. Anda juga mempunyai peluang untuk memenangi hadiah wang tunai dan mendapat jemputan ke acara eksklusif di Switzerland! Dibina atas kejayaan yang amat besar dalam Cabaran InovasiSwiss (capaian ke laman web Switzerland) yang telah dijalankan di Switzerland sejak dua tahun lepas, FHNW telah memutuskan untuk melancarkan program itu di Malaysia dan negara-negara Asia yang lain.
Program selama sembilan bulan ini menawarkan anugerah yang menarik dan modul latihan dalam bidang keusahawanan dan inovasi, modul bimbingan dan mentor, acara rangkaian serta akses kepada rangkaian yang mengagumkan dalam inovasi dan keusahawanan masyarakat. Cabaran ini terbuka kepada peniaga, organisasi bukan berasaskan keuntungan dan individu yang ingin memperkenalkan dan melaksanakan inovasi atau yang telah bekerja dalam inovasi untuk beberapa ketika. Idea perniagaan boleh didalam bentuk produk, atau inovasi perkhidmatan serta inovasi organisasi atau pengurusan www.olymptrade-ma.com/trade .
Cabaran InovasiSwiss Malaysia dibahagikan kepada tiga fasa, setiap fasa diikuti dengan proses pemilihan berdasarkan pembentangan. Peserta yang mencapai fasa terakhir mempunyai peluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah USD 28’000. Hadiah wang tunai untuk hadiah utama adalah USD 15’000, untuk hadiah kedua dan ketiga adalah USD 5’000 dan USD 3’000. Tambahan lagi, anda boleh memenangi anugerah khas “pengantarabangsaan” bernilai USD 5’000. Di samping itu, ada kemungkinan yang seorang wakil dari dua pasukan yang terbaik akan dijemput ke acara pembentangan di Switzerland.
Sila semak Cabaran InovasiSwiss Asia (link ke halaman gambaran utama tapak Cabaran InovasiSwiss Asia) untuk maklumat lanjut mengenai program ini.
Jika anda memenuhi kriteria permohonan umum (link kriteria di laman utama), kami menjemput anda untuk menghantar permohonan anda (link ke laman permohonan di laman utama). Sila ambil perhatian bahawa penyertaan dalam program ini adalah percuma. Oleh kerana semua surat-menyurat termasuk permohonan anda perlu dilakukan dalam Bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya seorang dari ahli pasukan mesti dapat berkomunikasi, menulis rancangan perniagaan dan membentangkan dalam bahasa Inggeris. Ahli pasukan yang lain tidak semestinya perlu bercakap bahasa Inggeris.